Tuesday, January 25, 2011

Petua Hilangkan Kahak Pada Bayi

Bismillah,

Siapa yang tidak panik melihat anak bagai tak cukup nafas. Dada bergelombang dan batuk2 serta muntah menambah panik didada. Saya ada seorang anak yang ada masalah yang sama. Mula la tangan meng'google' kaedah mana yang terpantas untuk selesaikan masalah tu. Sambil tu telefon habis kawan2 yang mana Doktor sampai pening diorang nak bagi nasihat. Tu tak masuk tepon tujuh keturunan ke atas nak dapatkan petua2 orang lama.

Tapi bagi saya, bila anak dah berada dalam keadaan semput, itu bukan masanya lagi untuk bertangguh2 nak dapatkan rawatan nebuliser. Nebuliser adalah rawatan bertujuan untuk melegakan kesesakan saluran pernafasan. Ini termasuklah buat bayi yang berkahak. Tidak perlu tunggu sehingga anak anda diisytihar lelah atau asma baru nak ke klinik. Cas nebuliser adalah sekitar RM 15-20 ke satu sesi.

Uwaiys :Mula2 kena dulu dia melalak tak hingat, sekarang ni batuk sikit2 pun ajak pi klinik siap buat2 semput lagi sbb dia tau lepas je buat dia rasa sihat :)

Apabila anak berkahak, segera bawa ke klinik dan doktor akan buat pemeriksaan sama ada anak itu perlu rawatan nebuliser atau hanya boleh dibantu dengan ubat. Tapi selalunya kita akan 'rasa' yang anak kita perlukan rawatan tertentu.

Saya ada terbaca di mailing list berkenaan hal anak kecil berkahak dan telah saya kumpulkan petua2 yang ahli2 mailing list itu kongsikan :

  • Amalkan menepuk belakang baby setiap kali lepas susuan
  • Jika beri susu formula, pastikan ia suam
  • Gunakan daun ketumbit - ambil segenggam, campur kapur dan ramas atas tapak tangan. Airnya tu sapu diubun2, dada dan sebelah belakang baby
daun ketumbit

Sumber dinyatakan dalam gambar
  • Tidur malam jangan gunakan kipas
  • Elakkan susu formula perasa madu madu yang terlalu banyak akan trigger penghasilan kahak. Biasanya susu yang ada madu amat disukai oleh bayi kerana manis yang menyebabkan bayi akan terlalu kerap minum susu
  • Perah asam limau dan letakkan sedikit gula. Ubat batuk ni adalah ubat feberet anak2 saya. Nak2 kalau tambah madu mesti lagi sedapkan?? 
Untuk memilih satu dari kaedah di atas, mula2 sekali tengok umur anak. Jangan pulak bagi perahan limau kat anak bawah enam bulan. Kemudian jika yang membaca ni, anaknya masih ada peluang untuk menyusu susu badan, maka susukanlah dengan susu badan. Sebenarnya itu adalah solusi terbaik pernah ada untuk sebarang penyakit yang anak anda hidapi. 


Kalian, jom sambung silaturrahim di Twitter dan Facebook saya :))

10 comments:

  1. bagus entry nih....thanx ye...

    ReplyDelete
  2. wah tips yg bagus..patutlah anak sy kahak tk hilang2..rupanye sbb susu madu yer..pasni sy akan cuba tukar susu lain hehe thanks..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah anak2 Knur tak pernah lg sampai kena guna nebulizer. setakat batuk sikit2, mmg bancuh madu& lemon.

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah.. =)
    Petua dari MIL saya, bg anak minum sup udang lipan (utk yg dah boleh makan le)..

    ReplyDelete
  5. ALhamdulillah, anak2 kakyong belum pernah ade masalah berkahak ni... to masa depan tak tau lah..

    ReplyDelete
  6. susu badan gak yg terbaik,
    tapi kalo anak dah >6mths dan masih bf, mesti kitanak try yg lain gak kan

    ReplyDelete
  7. As'kum, Norhafizah.

    Cara menghilangkan kahak bayi, saya kurang pasti tapi kalau kahak orang dewasa, boleh cuba gunakan kaedah rawatan yg ada di:

    Petua mencairkan Kahak org dewasa

    Semoga berjaya. Tq.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..
    Saya pernah mengalami masalah ni.. Boleh baca blog saya >>>ummiexclent punya blog kalau sudi... untuk berkongsi pengalaman....

    ReplyDelete
  9. tq utk info kak...kak sebenarnya ambik gas tu xpe ke utk ank??anak sy tiap kali batuk mesti kena ambik gas..tp tiap kali ambik melalak xingat..ank baru umur 1thn 10bln

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas info. Anak tengah batuk berkahak.kesian tgk malam2 tak lena tido.


    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete

Please Leave A Cool Message For Me ;) Peace!!!