Monday, March 17, 2014

Bagaimana Menggalakkan Anak Yang Tiada Selera Untuk Makan

Bila anak tiada selera makan

Ini adalah perkongsian saya dgn sahabat2 dalam grup whatsapp.

Ana nak share pasal 7 anak ana ni. Anak pertama sampai ketiga mmg bab makan susah yang amat. Masak lah apa pun, beli la benda apa pun mmg xberapa nk makan.

Tp semua tu berubah slps saja kami berhentikan susu formula. Ana cadangkan supaya ganti dgn susu segar aje jika tak dapat cari ibu susuan. Tp kosnye sabo je lah kan. Sesungguhnya sgt besar perubahan anak2 slps minum susu segar.

Kalau diorg rasa xsedap susu tu, just letak sikit jaggery (hujung sudu je) dlm btl susu diorg. Percayalah, dgn tukar ke susu segar, volume penyusuan diorang akan berkurang drastik banding minum susu formula.

Jgn guna gula putih sbb gula putih will create another prob. Dan itu adalah cadangan pertama. No formula milk for them plis.
Slps tu, jika dirumah still ada processed food diorg akan mudah amik yg tu banding fresh food yg kita masak. So, mmg kene kurangkan bahan terproses ni dalam rumah. Selagi benda tu ada mmg fresh food akan kalah.

Jaggery tu gula merah. Dia bukan bentuk kristal, dia serbuk gitu. Dibuat dari air tebu yg dipekatkan. Boleh tgk di wall fb sebelum ni. Seminggu dua lps ade ana upload gambarnya.

Slps je hentikan makanan terproses, anak2 punya selera makan mmg luar biasa. Mmg xmenang tangan nk handle sebenarnya. Tp disebalik tu mmg seronok sbb nak handle diorg pun senang.

Slps je hentikan fm dan makanan terproses, anak2 dah xtantrum dah. Leganya hati slps diorg berubah. Letih masak tu lebih ringan dr letih layan diorg zaman xjaga bab pemakanan diorg tu.

Dr segi kesihatan pun semakin baik. Dah xde muntah selambak, diapers pun xberladung, gigi pun xrosak. Mmg jauh beza lah kiranya.

Time management penting. Sesibuk mana pun kita, kena pastikan juga akan memasak. Bangun awal, masak sarapan dan lauk utk lunch and dinner siap2.

Memula kita akan rasa letih. Tapi lama2 kita akan dpt beza mana yg lebih letih, jaga anak dlm keadaan bermasalah atau dlm keadaan anak relaks aje.

Susu segar kalau xdpt yg fresh dr ladang tu, boleh je guna susu kotak. Beli yg fresh milk tu drpd yg lowfat bla2 tu. Jgn beli ada perisa tau sbb yg tu pun bukan natural jugak.

Ana dulu kerja jugak. Tp rasa mmg senang sgt handle anak once kami ubah gaya pemakanan tu. Boleh mulakan salah satu tp ana rasa best advice hentikan fm dulu. Sbb dgn fm ni la masalah kesihatan, selera makan terganggu.

Lowfat, full cream semua tu dah lalui mcm2 proses so kami prefer yg fresh milk aje. Huhu.. Kalau jenjalan memana mmg kami beli susu kotak tu aje.

Mcm ahmadi iman ahmadan mmg xpernah minum susu formula. Bila dah xde stok susu dr ibu susuan, semua minum fresh milk.
Fm dia ada added sugar yg xbagus utk anak kita. Sbb tu anak jd hyper, kesihatan dia xterjamin dan mcm2 masalah lain. Once tukar kita akan rasa bezanya.

Kalau minum fm, mmg cpt sgt penuh diapers tp minum fresh milk diorg kenyang lebih lama. Kalau diorg minum byk pun fresh milk, diorg tetap akan cari fresh food dan itulah tanda aras sistem pencernaan anak kita berada dalam keadaan yg baik. Dia akan cari real food gittew

Thursday, March 13, 2014

Kebangkitan Semula Islam Bermula di Timur

'Āli `Imrān:169 - Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki;

Pagi semalam, semasa dalam perjalanan pulang dari menghantar anak ke sekolah, suami mengingatkan saya tntang kebangkitan Islam di akhir zaman adalah di timur. Dimana timur? Saya tidak pasti tetapi kebarangkalian di tanah air kita inilah tempatnya itu ada. Wallahu a'lam.

Sekalipun apa saja yang berlaku di malaysia, impaknya tidak sedikit. Fenomena Ammar, kehilangan MH307, kemarau dan sebutlah apa sahaja isu yang melanda, banyak sekali pihak yang berjaya mengaitkannya dengan kebesaran Allah.

Benih-benih perkembangan Islam sedang bercambah dengan baik masa kini. Justeru suami mengajak saya berfikir, tidakkah kita ini mahu turut serta dalam perkembangan ini?

Perlahan saya menelan air liur. Jika benar kita percayakan hadis, maka kita mesti berusaha keras membuktikan hadis itu benar sepertimana ayahanda sultan muhammad alfateh percaya anaknya yang menepati hadis baginda.

Mungkin saja bukan kita. Tetapi andai kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadikan hadis ni satu kenyataan, maka secara tidak langsung kita akan membina jemaah yang akan membawa kita merealisasikan hadis kebangkitan Islam itu.

Jadi, saya terfikir untuk tidak mahu duduk diam lagi. Kita harus membina motivasi dalaman untuk mendidik generasi kita menjadi orang yang disebutkan di dalam hadis. Bagaimana caranya? Pastilah dari dalam diri kita sendiri.

Kebetulan saya ada usrah whatsapp yang sangat mantap. Kami sepakat untuk menjadikan beberapa perkara untuk dijadikan batu asas kepada amalan lain. Permulaannya, kami mencadangkan setiap ahli membaca surah alkahfi setiap hari jumaat.

Seorang daripada kami bertugas untuk mengingatkan kami tentang ini pada setiap khamis. Sungguh membaca seruannya membuat diri rasa berkobar-kobar untuk membacanya.

Usai alkahfi, kami disaran untuk melapor diri. Aktiviti ini kelihatan seperti menunjuk-nunjuk dan riak tetapi saya tidak memandangnya begitu. Kenapa? Kerana melihat sahabat2 saya yang sibuk dengan profesion masing-masing itu, masih sempat membaca alkahfi, kenapa saya tidak?

Beberapa minggu lepas, kami menambah aktiviti solat sunat sebelum subuh dan subuh diawal waktu. Rupa-rupanya, barulah saya perasan, bukan mudah untuk solat subuh diawal waktu. Tetapi dek teruja melihat kawan lain buat, semangat untuk buat itu menyala-nyala tiada tara.

Selama ini, kita terasa amalan seperti ini, tidak buat pun tidak mengapa kerana kita menganggap kerja lain lebih penting tetapi semangat ini membuatkan kami berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukannya.

Kesannya tidak sedikit. Alkahfi adalah insuran palinh kukuh untuk perlindungan dari fitnah dajjal. Solat awal waktu subuh juga menjadikan kita orang yang bangun awal dan seterusnya dapat memulakan aktiviti harian dengan lebih teratur.

Ya, saya banyak berubah bila bersama mereka. Mungkin masih terdapat kekurangan tetapi usaha itu selalu dirasakan di dalam diri. Malah saya berharap mereka menambah amalan lain dimasa akan datang.

Bi'ah inilah yang hendak kita bina. Dari kitalah juga yabg akan membina generasi depan yang lebih mantap dan gemilang. Sebelum turun kepada generasi, kita mula dengan diri sendiri. Supaya nanti akhirnya sekiranya kita mengajak orang lain, mereka akan mudah terajak.

Semoga juga kita akan dapat rasa hidup secara istimewa seperti yang dikatakan di dalam firman Allah diatas. Dunia ini sebenarnya sudah istimewa bagi kita, fikirlah betapa istimewanya kehidupan di syurga kelak.

Friday, March 07, 2014

Pati Ikan Bilis dan Pati Ayam Homemade

Pati Ikan Bilis dan Pati Ayam sendiri bikin

Semalam sos tiram, pagi tadi nestum. Sekarang saya nak cadangkan supaya kita tukar dari guna pati ikan bilis kepada..... AIR REBUSAN IKAN. Hehe..

Jangan lupa kalau ada nak rebus ikan, simpan airnya dalam peti beku sekali. Lagi bagus kalau masa rebus ikan letak asam jawa sekali. Hari ni saya dapat sebekas air rebusan ikan ni dalam peti hehe..

Selain pati ikan bilis, ada juga kadangkala kita perlukan pati ayam. Jika kalian buat sup ayam, ayam dah habis tinggal kuahnye aje, maka kuah itulah yang disimpan beku dan jadikannya pati ayam nanti.

Atau boleh sahaja jika ada rebus ayam dan simpan air rebusannya. Tapi saya prefer simpan air dari kuah sup ayam, sebab rasanya lebih mables. Kadangkala, kuah sup itik pun saya simpan.

Okeh, itu sahaja perkongsian saya di tengah hari ini. Hajat dihati nak qailullah tetapi kaki lembu mesti dikerjakan di dapur huhu,semoga lepas zohor nanti dapat melenakan diri sebentar. Niatkan qailullah, insya Allah ada bahagiannya mengikut sunnah Nabi tercinta.

Thursday, March 06, 2014

Sos Tiram Homemade

Sos tiram sendiri bikin.

Dah banyak tahun juga saya berhenti beli sos tiram. Ramai juga yang tanya macam mana saya boleh memasak tanpa sos tiram. Lalu saya menyoal balas, "Sebenarnya apa kegunaan sos tiram?".

Sungguh sebenarnya tiada lagi orang boleh memberi jawapan yang memuaskan hati saya. Disebabkan ada di dalam buku resepi maka kita pun ikut sedang di dalam sos itu terdapat kandungan bahan kimia yang walaupun berada di dalam sukatan yang dibenarkan tetapi tetap akan memberikan kesan kepada tubuh badan.

Jangan kata sos tiram, kicap, sos cili dan tomato pun saya sudah berhenti beli. Sedangkan dulu, saya sentiasa bermain dengan makanan terproses ini. Pendek kata, xsah kalau tak gunakannya.

Semenjak sedar tentang bahayanya pengawet, perasa, pewarna, kondisioner di dalam bahan ini, maka saya berhenti dari membeli. Sekiranya perlu, seperti mahu mencuba resepi di dalam buku, maka apa yang saya lakukan adalah membeli sotong.

Setiap kali membeli sotong, saya akan simpan kantung berisi dakwat sotong di bahagian kepalanya. Pernah saya bersembang dengan orang singapore, mereka tak buang dakwat hitam itu bila makan. Jadi saya buat sos tiram dari benda itu. Mata sotong tetap saya buang.

Rasanya? Saya jamin jika cukup garam dan rasa, memang rasanya tidak kalah dengan sos tiram sendiri. Cubalah sekali. Mudah dan selamat insya Allah.